Diantara senarai yang di kategorikan sebagai undang-undang pelik di dunia..
THAILAND :
* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.
SWISS :
* Dilarang berkebun di hari minggu. (hari minggu diorg soh dok dalam rumah diam2)
SWEDEN :
* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka. (kalau kat Malaysia, time raye mesti byk permohonan utk cat rumah kann)
KOREA SELATAN :
* Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan. (sape dah berani amik nak bagitau??)
SINGAPURA :
* Dilarang berjalan bogel (sape sanggup??)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda. (nie memang patut pon..)
UNITED KINGDOM :
* Dilarang menjual sayuran di hari minggu . (krajaan diorg soh beli sayur awal2..hari minggu nnti jalan jem..)
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.(nie nak halang kegemukan kot..)
MEXICO :
* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja. (thumbs up!)
* Dilarang memaki di tempat umum. (double thumbs up!!)
AUSTRALIA :
* Dilarang mengangkat telefon pada deringan pertama. (pulakkk..)
* Dilarang mengenakan seluar dalam Hot Pink di hari minggu. (nanti diorg wat spot check yee..hehe)
GREECE :
* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain. (betoll..)
CANADA :
* Dilarang memakai handiplast luka di tempat umum. (walaupun luke terhiris,balut gune kain besar2 k..)
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan. (gile ape siram pokok time hujan..)
* Dilarang memanjat pokok.(takot org panjat tue patah riuk kot..penuhkan hospital je..)
PERANCIS :
* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah. (gud!!)
ISRAEL :
* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati. (sungguh kejamkan..pasal babi je kot..)
AMERIKA :-
- ARIZONA :
* Dilarang memandu tanpa kasut. (upss..no comment..)
* Dilarang bermain domino di hari Minggu. (main congkak je boleh..hehe)
* Dilarang memakai misai palsu di gereja. (nape ntah..)
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api. (ade effect ke garam kat rel ketapi??)
* Dilarang memandu dengan mata tertutup. (takot org tue mati..dah susah nak kena kutip daging org tue kat jalan..hehe)
- ALASKA :
* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur. (nanti beruang mengamuk kot..)
* Dilarang memberi minum bir pada rusa. (rusa minum todi je..)
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah. (kang tertembak diri sendiri sape nak jawab..)
- ARKANSAS :
* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan. (adess..x patut..)
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub. (buaya??tempah maut ke hape?)
* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara. (goda kat tengah jalan xpe..)
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu. (nanti jalan jem..sebab lembu jalan lambat..)
- CALIFORNIA :
* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah. (sediakan bilik ye..)
- COLORADO :
* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya. (pegi Parlimen la klu nak berdebat..)
- CONNECTICUT
* Dilarang mencium isterinya di hari Minggu. (pulakk..x mesra alam betul..)
- FLORIDA :
* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang. (baju tidur xpe ok..)
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 . (biru la muke org tue tahan kentut..)
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari. (laa..maybe krajaan Florida nak jimatkan duit rakyat die..x moh membazir beli piring dan gelas selalu..)
P/S; undang-undang dlm nie ade untuk kebaikan ade jugak yg tak tau pulak nape diwujudkan..mungkin byk kes-kes berkaitan kot..sebab tu la krajaan diorg wat undang-undang yg PELIK..
Sumber: Info Gallery
Tuesday, January 25, 2011
Bloglist 2011: Peony Pinky
Wahai miza yg chantek menawan..
disebabkan ko sepupu kau yg bermata bulat serta chomel..
aku join contest ko..
support nie babe!!hehe
klik gambar untuk join!! |
Syarat-syaratnya:
- Semestinya mempunyai blog. (seharusnye..)
- Mesti follow my blog PeONy PiNky dan Cute Beauty Line (dah berkurun dah follow..)
- Letak sidebar banner kat atas itu. (Link kan ke PeONy PiNky) (baek tuan puteri..)
- Buat entry untuk segmen ini dan tinggalkan url entry korang kat entry ini. (nie ha n3 nye..)
- Tarikh tutup pada 6 Februari 2011.
p/s: kalau ko x letak aku kat dalam bloglist ko..aku ngajuk masok dalam batu belah batu betangkup..hehe
Monday, January 24, 2011
3rd GA~Saya Mahu Foot Detox Patch dari MJ
![]() |
klik gambar utk join GA.. |
Syarat-syaratnya, mudah je ye..
a) Kalau sudi followlah blog CELOTEH MJ dan MAIRA IN CGL
b) Mestilah Warganegara Malaysia (sebab senang nak pos hadiah)
c) Buat entry ringkas bertajuk '3rd GA~Saya Mahu Foot Detox Patch dari MJ' tempekkan banner di atas ni ke dalam entry anda dan pastikan di link ke entry ini ye. (tak perlu letak di sidebar-kalau nak letak pun boleh, terpulang)
d) GA tamat pada 28.01.2011 (12.00am)
e) Pemenang dipilih melalui cabutan bertuah.
f) Dah siap, sila tinggalkan entry penyertaan anda di ruangan komen entry ini.
Sunday, January 23, 2011
Selamat Pengantin Baru - Ayu Raudhah & Zaquan Adha
Rasenye belum terlambat lagi utk ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ayu Raudhah & Zaquan Adha..
Tahniah buat mereka berdua..
Sedikit info mengenai perkahwinan mereka..
Dengan sekali lafaz, pasangan popular Mohd Zaquan Adha Abd Razak, 23 dan Raudhah Abu Bakar,25, atau lebih dikenali sebagai Ayu Raudhah akhirnya sah bergelar suami isteri, sekitar jam 4 petang tadi.
Bersaksikan ahli keluarga dari kedua belah pihak, sahabat handai, rakan media dan peminat, majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyyah, di sini telah menjadi bukti penyatuan dua sejoli yang menjalin cinta lebih dua tahun lamanya.
Zaquan dan Ayu Raudhah telah selamat dinikahkan oleh Imam Masjid Sultanah Bahiyyah, Tuan Haji Mustafa Kamil Abdul Jamil dengan mas kahwin bernilai RM1,888.
Pihak pengantin lelaki telah memberikan 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang hantaran dari pihak pengantin perempuan, manakala jumlah wang hantaran masih dirahsiakan
Sumber: Murai
Sumber: Budiey & Beautifulnara
Btw, memang meriah wedding diorg..order katering 1200 tapi yg datang 1500..
Zai harapkan semoga perkahwinan Ayu Raudhah & Zaquan Adha,
berbahagia hingga akhir hayat n dapat anak ramai (boleh buat team bola..hehe)
Friday, January 21, 2011
Sukenye!!
Arinie zai suke sebabnye zai menang contest "jom cari nama adik baby"
Everyday jenguk blog tue nak tgk menang ke x..
at last..menang jugak..
berperah kepala otak nak carik nama yg best..
hehehe...
Tq ye sis aQueen...
![]() |
nie bukti die..hehe..x caye gak klik la kat gambar nie..wee~~ |
Nama zai tue ade salah sikit la..
miss zymah ye kak..
btw, x kesah sgt la kannn..
Thursday, January 20, 2011
Fashion Bag Lucky Draw
1. Blogger beralamat di Malaysia (ok)
2. Follow Blog Penganjur bagi yang belum dan Follow Blog Penaja Saguhati (sudah)
3.Buat Entry bertajuk : Fashion Bag Lucky Draw (OK)
* Letak Banner di side bar
* Letak Link Penganjur di Blog List peserta
4. Tinggalkan Id Follower, Link Entry & Email di ruangan Komen di bawah (dah siap nnti ok la)
5. Lucky Draw berlansung dari 18.1.2011 - 18.2.2011 (sempat lagi)
6. Bab Hadiah:
- Pemenang Utama akan menerima Fashion Bag seperti dalam gambar
- beberapa pemenang saguhati bergantung kepada penyertaan
Wednesday, January 12, 2011
Planet 10 Seakan Bumi
Teleskop angkasa lepas Nasa tak kesan sebarang kehidupan
BERKELY: Sebuah teleskop angkasa lepas milik Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) mengesan sebuah planet yang menyerupai bumi, tetapi tidak menjangka planet berkenaan mempunyai kehidupan.
Dalam pengumuman rasmi kelmarin, anggota pasukan teleskop Kepler Nasa berkata, planet yang dinamakan 10b itu adalah 40 peratus lebih besar dari bumi dan berkedudukan kira-kira 560 tahun cahaya dari bumi di konstelasi Cygnus.
“Ia dikatakan menyerupai bumi berikutan tidak seperti planet lain yang ditemui sebelum ini yang dibuat daripada gas atau ais, 10b adalah planet batu pertama pernah ditemui,” kata pasukan program, Kepler Nasa.
Seperti bumi, 10b adalah juga eksoplanet, iaitu planet yang mengorbit bintang seperti matahari.
“ Ia adalah satu penemuan yang bersejarah,” kata Geoff Marcy dari Universiti California, Berkeley, pada sidang media kelmarin.
Namun, planet berkenaan tidak mungkin mempunyai kehidupan berikutan ia hanya kurang dari 3.2 juta kilometer daripada matahari, berbanding jarak bumi dengan matahari sejauh 150 juta kilometer.
“Suhu pada permukaan yang disinari matahari di 10b boleh mencapai 1,371 darjah Celsius, iaitu lebih panas dari lahar gunung berapi,” Natalie Batalha dari pusat penyelidikan Ames Nasa di California, yang juga merangkap timbalan ketua kumpulan pasukan Kepler.
Bagaimanapun, hakikat bahawa ia dibuat daripada batu seperti bumi membuat penemuan planet itu satu kemajuan besar dalam mencari planet menyerupai bumi yang boleh menjadi hos kepada kehidupan.
Batalha berkata, 10b mempunyai isi padu kira-kira 1.6 kali lebih besar dari bumi.
“Ini bermakna kuasa gravitinya amat besar dan kemungkinan mempunyai galian besi lebih banyak dari bumi.”
Pasukan Kepler yakin dapat menemui lebih banyak lagi eksoplanet yang menyerupai keadaan bumi.
“Jika teleskop Kepler dapat menemui planet sekecil 10b, kemungkinan besar ia dapat menemui planet lain yang lebih kecil seperti saiz bumi dan mungkin juga mempunyai suhu seperti bumi,” kata mereka lagi. – Agensi
INFO: Planet 10b
40 peratus lebih besar dari bumi
Berkedudukan kira-kira 560 tahun cahaya dari bumi
Adalah planet batu
Mempunyai isi padu kira-kira 1.6 kali lebih besar dari bumi
Suhu pada permukaan yang disinari matahari di 10b boleh mencapai 1,371 darjah Celsius
Sumber:~ Berita Harian Online
Tuesday, January 11, 2011
KOC WANITA
N3 kali nie zai nak citer pasal koc wanita..(mentang2 la selalu naik tren)
Zai rase koc wanita nie dah lame dah..
rase sumer org dah tau..melainkan org yg x amik tau tentang hal2 semasa nie..
Walaupon koc wanita nie dah lame, tapi still ade lagi yg makhluk selain wanita masok dalam koc nie..
Dah terang2 kat pintu tren tue tampat "Wanita Sahaja Sepanjang Masa"..
Maybe diorang nie mesti gender confusion...hehe...
mcm nie ke? |
Ade ari tu zai pegi jalan gune jari..(blogwalking la..)
kat blog mane ntah zai jumpe die wat n3 pasal lelaki dalam koc wanita.
N ramai jugak yg komen..
Tapi dalam banyak2 komen, zai agak sedikit terkejut salah satu komen tue..
![]() |
comel je kan terkejut mcm nie.. |
Mesti uoll sumer nak tau ape die tulis kat komen die..
die kate " abis tue perempuan dok kat koc lelaki tu x tau malu pulak?"
N lagi satu ade org tu kate " macam mne pulak klu die naik tren bersama suami..?"
Yenna dey.....**pengsan
Bile mase pulak ade koc lelaki nie..
Aduhhh..nie mesti sgt tak concern keadaan sekeliling..
or maybe die ingat tengah tu koc wanita n then yg depan n belakang tu koc lelaki..
hahaahaha..
sian die kann...
Ok..macam nie la..
zai akn bagitau uoll sume pasal koc wanita nie..bagi yg dah tau ok la..
Actually, koc tengah tu memang koc khas untuk wanita..even kat tempat menunggu pon dah ade banner koc wanita..
![]() |
nie banner die.. |
bagi yang berjantina LELAKI..jangan la berdiri dikawasan nie..
kalau menunggu then naik koc lain ok la.
nie nanti naik koc wanita, memang kena jeling la weyh..
Dalam tren ktm nie xde istilah koc lelaki ok!
Koc pertama - Lelaki & Wanita
Koc Kedua - Wanita
Koc Ketiga - Lelaki & Wanita
Faham?
Bagi wanita yang naik tren bersama suami or boyfren or kawan-kawan lelaki,
mesti korang takut kehilangan bile naik tren kann...
So, korang bersama partner korang tu..naik tren yang pertama or ketiga..(tren depan or belakang)
Zai ade gak tgk lelaki masok koc wanita sebab takot pintu tren tertutup..
but diorang nie reti nak pegi koc lain..
Nie ade pulak wanita yang bersama lelaki masok dalam koc wanita nie buat dunno je..
Diorang ingat die partner boleh dok dalam tren tue..
Sorry guys, KOC WANITA SAHAJA!
So, wanita jela..
![]() |
5 bahase die translate..tak paham jugak je..melainkan warga asing.. |
Zai sangat-sangat suke bile ade koc wanita...sebab??banyak sebab antaranye..
1- Dapat elakkan kena raba free (nie yg utama!)
2- Boleh elakkan pencemaran bau..(bau badan + bau rokok)
3- Takyah nk cover-cover tido..(mcm slalu wat je..hehe)
4- Keselamatan lebih terjamin..
yg lain-lain tu tambahkan la ye..
Ok..tue saje pelajaran kite untuk hari nie ye murid-murid..
Bagi yang perempuan pulak, klu nmpak orang tua, wanita mengandung n wanita bawak anak kecik tolong la bagi diorang duduk ok..
korang nanti bayangkan la klu korang kt tempat diorang...
Sadisssss...
P/S: klu warga asing yg x paham bahase malaysia ngan bahase english macam ne nak explain ekk??
Saturday, January 8, 2011
Thank You Nuffnang
Nie first n3 pasal nuffnang..
maklum la..traffic ciput..hehe..
hampir beberape bulan lepas daftar nuffnang baru la tersenyum..
so, semalam check acc nuffnang..
Alhamdullilah..
rezeki beb..
walaupun sedikit tapi sgt memberi kepuasan..
"saya mesti pilih" (tagline bank rakyat)
Tq Nuffnang!
P/S: tolong jangan gelakkan saye ye kerana saye baru dpt byk nie...xpe..i'll try to improve..
Friday, January 7, 2011
Contest 'Jom Cari Nama Adik Baby'
![]() |
klik gambar utk join contest! |
Untuk contest kali nie zai kena bagi nama..aduhh berhempas pulus untuk mencari nama terbaik..
Resultnye..
Baby Girl:~ Anies Qisya Eryna
Qisya - Hidup dalam keadaan baik
Eryna - Cantik
Baby Boy:~ Ayrell Niyaz Ziqry
Niyaz - Doa, Harapan
Ziqky - Terpuji, Yang memuji Allah S.W.T
Kawan-kawan yang ditag :
1- Miza
2 - Mona
Tarikh Tutup: 11 Januari 2011
Tarikh Umum Pemenang : 21 Januari 2011
Tarikh Umum Pemenang : 21 Januari 2011
Thursday, January 6, 2011
Saya ingin menonton filem Faster!
Selepas 10 tahun dalam penjara, Driver mempunyai satu matlamat utama sahaja - membalas dendam untuk kematian saudaranya dalam rompakan bank yang tidak sempurna lalu menyebabkan dia dipenjara. Kini bebas, dia memulakan misinya - dikejari oleh seorang veteran polis yang akan bersara dan seorang lagi pembunuh upahan. Bermulalah cerita misteri ini dengan penemuan butiran-butiran baru yang berkait rapat dengan pembunuhan saudaranya, menyebabkan matlamat akhirnya mungkin tidak lengkap......"
P/S: rezeki jgn ditolak..
Saturday, January 1, 2011
Al-Fatihah Faizal Yusuf ( Bekas suami Siti Nordiana)
Tarikh 1.1.11 menjadi suram apabila mendapat berita pemergian seorang pelakon yang amat berbakat.
Takziah buat keluarga Faizal Yusuf.
Beliau pergi pada umur 32tahun kerana serangan jantung di hospital Pusrawi pada pukul 2.30petang.
Beliau meninggalkan seorang isteri Munirah yang sedang mengandung 5bulan
selepas berpisah dengan Siti Nordiana.
Hasil perkahwinan Faizal bersama Siti Nordiana, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Rayyan.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas arwah.
AL-FATIHAH
P/S: tak sangka betul..terkejut bile dapat berita tadi..tapi itu semua ketentuan Allah..
Subscribe to:
Posts (Atom)