1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak
menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,
lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum
kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang
dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita
yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya
sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa
ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian
tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu
tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya
dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita
yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa
saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas
kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih
ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9.
Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10.
Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila
pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon
positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap
acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua
rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman
memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika
kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16.
Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali
mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang
gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa
lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang
paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan
tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar berkumpulan
keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di
sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman
lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya
sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu
ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya
saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling
benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle
kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil
berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita
mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata
wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang
disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad
ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya
dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.
30. Last but not least, sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
p/s: senang je kalau nk faham wanita nie, as long as kite boleh go dgn die..hubungan tu mmg best!
sumber: copy from others ^_^ plus google