6 tahun lepas 26 Mei 2005 adalah hari Khamis..
Dua minggu sebelum tarikh berkenaan..
Time tu zai Tingkatan 5 di SM Teknik Jasin..
Seminggu sebelum tu ade Hari Guru..
Zai salah sorang yg membuat persembahan pada hari guru..
Zai dengan kawan-kawan berlatih dikir barat..
Kitorang kena pakai baju melayu..
Zai pinjam kawan zai, dah siap basuh lagi skali, gosok..dah siap gantung dah..
tinggal nak pakai je..
Petang Ahad time riadah tu, sepupu zai nampak kelibat mak die..
Zai pon pegi la follow die, yela mak cik zai kena pegi jumpe..
Tibe mak cik cakap nak jumpe warden sebab nak bawak zai balik..
Zai terpinga-pinga..Bile makcik jumpe warden baru zai tau yang wan (nenek)zai sakit kat hospital..
Berderau darah zai dengar..
Lepas warden kasi balik..zai terus naik dorm capai baju mane yg ade je..
Pastu terus balik..
Makcik n pakcik zai kate wan kat hospital seremban..
Dalam perjalanan tu zai tak de pikir yang buruk-buruk..
dalam hati zai cume ingat yang wan sakit biase je..
Bile sampai kat hospital, tengok ade ramai orang keliling satu katil nie..
padahal time tu bukan time melawat..
Orang pertama yang zai nampak time tu adalah Mak Zai..
Zai lari kat Ma..zai peluk Ma..
Zai tanye wan kenapa...
Ma cakap wan sakit je...
Pastu ma soh minta maaf kat wan..
kat katil tu zai nampak wajah yang zai sayang sedang terbujur kaku..
WAN KOMA.. Ya Allah! Tak sanggup ku melihat penderitaan itu Ya Allah...
Zai peluk wan dan zai bisik kat telinge wan..
Zai mintak maaf n halalkan makan minum zai..
Zai doakan wan kuat semangat jgn putus asa melawan penyakit..
Zai sayangkan wan...
Mak Usu tarik zai, sebab zai lame sgt peluk wan..
Tibe ade airmate yang mengalir dipipi wan..
Lagi la zai sedih..
Selame kat hospital tu zai peluk ma zai..
Time tu zai dah tak dapat fikir ape-ape..
Ma kate doktor suruh kumpulkan ahli keluarga supaya bersedia..
macam-macam kemungkinan yang akan berlaku..
Time baru la zai sedar ramai sepupu n ahli keluarge kat situ..
Seminggu dan sehari sebelum tarikh berkenaan..