Assalamualaikum wbt
Zai nak bagi checklist untuk majlis pertunangan.
Ni dah alang-alang ada orang minta, terus la update kat blog kan.
Zai siapkan checklist untuk perempuan dan lelaki.
Tapi tang lelaki tu apa la yang nak disiapkan pun
Mudah je.
Perempuan
1- Baju Tunang
(tempah or beli siap pun boleh)
2- Tudung
(terpulang mana yg selesa)
3- Veil (sewa
dengan mak andam je senang. Nak tempah pun boleh, nak beli siap boleh, nak jahit sendiri pun boleh )
4- Makeup
5- Mini pelamin
(Kalau nak senang sewa. Tapi kalau nak budget,DIY je barang yang ade kat rmh)
6- Kenduri (katering or masak sendiri)
7- Goodies
8- Barang hantaran
9- Photographer
(bagi yang buat pertunangan budget, bagi je sesiapa yg tau pegang camera)
10- Khemah (Jika
perlu. Kalau rumah besar bak padang bola sepak, takde khemah pun takpe)
Lelaki
1- Cincin merisik
& cincin tunang
2- Barang hantaran
·
Kena tentukan siapa yang akan jadi jurucakap
bagi pihak keluarga kita. Selalunya orang tua-tua.
·
Masa tunang tu nanti diorang akan bincang fasal
benda-benda ni. Tapi sebaiknya korang bincang dulu. Nanti takde la blur sangat
masa tu.
> Tarikh nikah/ langsung kt mana?
> Tarikh kenduri ?
> Jumlah wang hantaran?
> Jumlah wang mas kahwin ?
> Jumlah barang hantaran semasa kahwin?
Checklist ni untuk yang buat pertunangan yang simple. Takde la nak grand-grand.
Lagipun tunang ni kita kena senyap-senyap je.
Kahwin nanti baru kita buat grand tapi jangan membazir.
Kehidupan selepas berkahwin lagi banyak guna duit.
> Tarikh kenduri ?
> Jumlah wang hantaran?
> Jumlah wang mas kahwin ?
> Jumlah barang hantaran semasa kahwin?
Checklist ni untuk yang buat pertunangan yang simple. Takde la nak grand-grand.
Lagipun tunang ni kita kena senyap-senyap je.
Kahwin nanti baru kita buat grand tapi jangan membazir.
Kehidupan selepas berkahwin lagi banyak guna duit.
yang pasti..sediakan doit banyak banyak...jgn kire budget2....takut mase majlis macam2 nak beli....atas dasar pengalaman...
ReplyDeleteHaruslah. kata pun nak kawen.duit tu penting.TQ
Deletenow baru fyqa tau apa yg dorg nk bncg tyme tunang nti, blh lah prepare sikit2 huhu
ReplyDeletebuat persediaan dari awal. nanti takde la kelam kabut. Nway, gud luck ye feyqa.
DeleteHye dear. Salam. tq ye. In Shaa Allah.
ReplyDelete