Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan

Panjang sungguh title entry kali nie.
Maklum la dh lame tak hupdate.
Bulan Puase tetibe lak zai jadi malas nk hupdate.
Jenguk selalu..
Ok2. Tak mau bebel panjang-panjang.

Zai nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin 
kepada sumer umat Islam kat mane saja anda berada..cewahh..
Kad tak dan nk pos sbb tu pakai kad nie cukup la kann..hehe



Tak lupe jugak Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan.
Raya..raya gak,merdeka jangan lupe..
Pasang bendera kat rumah n keta tau..







p/s: ade orang kate zai awal sgt ucap selamat hari raye..ok la tu kann..takut tak sempat nk belek blog pasni..hehe

Thursday, August 11, 2011

Bersenam ketika berpuasa boleh menyebabkan berat badan naik

JEDDAH: Ramai mungkin cuba membuang tabiat buruk ketika Ramadan termasuk mereka yang berusaha menjadi ‘lebih sihat’ dengan bersenam kerana mempunyai anggapan kurang makan ditambah senaman dapat membantu menguruskan badan.
Bagaimanapun, secara realitinya, anggapan seperti itu boleh menyebabkan kesan sebaliknya hingga menjejaskan kesihatan orang itu dengan serius.
Ada memilih melakukan senaman berat sejurus sebelum berbuka untuk mengurangkan berat badan.

Wednesday, August 10, 2011

Alahai Bazar Ramadhan

Last week zai pegi bazar ramadhan kat Nilai sebab nk berbuka rumah makcik zai.
Takkan dtg tgn kosong kot.Lagi-lagi die bru 3ari bersalin.
So, zai n family singgah la bazar beli ape yg patut.

Thursday, August 4, 2011

Doa Seorang Hamba Allah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...

Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.

Monday, August 1, 2011

Zai ke Pulau Tioman

Bersawang-sawang dah blog nie.
Sori korang.
Zai sibuk sikit sejak kebelakangan nie.
Last week Zai pegi Pulau Tioman.
Kursus cum Bercuti.
Boleh pulak mcm tu.

Zai kursus fotografi kat sana.
So, sebagai jurufoto..kite kenalah menghargai alam.
Zai xnk membebel panjang-panjang.
Korang layan la gambar-gambar yg zai amik nie.
Related Posts with Thumbnails