Thursday, December 20, 2012

I'm Officially B2B

Salam peeps..

Lama tak menghupdate blog ni.
Almaklum la kemalasan mula melanda.

Harini nak buat pengumuman.
Sebenarnya dah lama nak buat entry ni, tapi bertangguh-tangguh.
Pengumumannya ialah...

From now on.. zai officially become a B2B.
So, lepas ni entry banyak pasal wedding la.
Tak salahkan kalau kita nak kongsi perjalanan majlis kita dengan orang lain kan.

Ohhoo.. dah kena buat research dah.
Pening 2 saat.

Tapikan secara tak langsung, kita dapat buat budget.
Apa yang perlu dan tak perlu.
Tak perlu nak membazir.
Selalu orang akan kata kehidupan lepas berkahwin tu lagi penting.

Korang doakan semuanya berjalan lancar ye.
Aminn.


Daa~

Friday, May 18, 2012

Tips supaya Blackberry anda tidak lembab

Assalamualaikum wbt



Hello peeps!!

Kat sini Zai ade tips untuk pengguna BB. Ok..mungkin ramai yang dah tau benda nie
Tapi saje Zai nk hupdate untuk mereka yang tak tau



Masih ade lagi yang mengeluh BB lembab la BB hang la bagai
Tips nie berguna untuk semua jenis BB kecuali Blackbarai..hehe

Jom kita intai apakah tips itu ~~

1- Download application yang keterlampauan terlalu banyak


Banyak sangat kot application yang di download. Macam kata pepatah "Ukur baju dibadan sendiri"
Maksudnya kat sini jangan la download application ke games ke banyak-banyak.
Sebab itu akan memenuhkan ruang dalam BB anda. Sedangkan kita duduk dalam bilik sempit pun akan rasa sesak. Macam tu la BB, kena ada ruang untuk dia running application yang asas. OK :)

2- Cabut bateri sekali sekala

Bila masa terluang tu korang cabut la bateri korang 2 - 3 hari sekali. Pastu biarkan dalam 1 - 2 minit supaya sisa - sisa file dari proses browsing mahupun chatting yang tak digunakan lagi boleh dihapuskan.

3- Clear Log Event

Selalu lakukan Clear Log Event dengan cara tekan Alt + L  G  L  G . Lepas tu akan muncul senarai log. Tekan logo menu BB then tekan Clear Log.

4- Cleaning Memory

Selalu lakukan Cleaning Memory dengan cara tekan Options > Security > Advanced Security Settings > Memory Cleaning. Last sekali tekan Clean.

5- Host Routing Table

Lakukan ini 2 -3 hari sekali dengan cara tekan Options > Device > Advanced System Settings > Host Routing Table tekan menu BB pilih Register Now. Done!

6- Diagnostic Test

Ini juga perlu dilakukan 2 -3 hari sekali dengan cara tekan Options > Networks and Connections >Mobile Network. Tekan menu BB pilih Diagnostic Test lepas tu tekan lagi menu BB pilih Run. Tunggu sehingga proses completed. Ulangi sekiranya hasil proses NO sehingga semua hasil proses menjadi YES.



SELAMAT MENCUBA !!

Wednesday, April 18, 2012

Tuesday, March 13, 2012

Kurma dan Mengandung

Assalamualaikum wbt


Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ
Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....
  • Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
  • Kemudian,buang biji kurma tu
  • Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
  • Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas
  • Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup
  • Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.

* Harap di share kan dengan kawan-kawan lain yang ada masalah susah mengandung yer. Moga ada manfaatnya.



Sunday, February 19, 2012

5 Fakta Cinta

1- Lelaki dikatakan lebih mudah untuk terpengaruh dengan hubungan cinta di INTERNET. Jadi tidak hairanlah sekiranya mereka senang dengan pelawaan gadis untuk bersembang dimana-mana laman sosial.

2- Tidak hanya lelaki, gadis juga sebenarnya terdorong untuk memiliki lebih dari seorang kekasih

3- Seorang lelaki boleh jatuh cinta dengan gadis yang baru ditemuinya hanya dalam masa tiga minit.

4- Lelaki memang tidak gemar mengingati tarikh penting dalam hidup mereka, termasuk hari jadi yag tersayang. Jadi gadis jangan mudah sentap ok. Lelaki memang begitu.

5- Kadang-kadang pasangan kamu menipu atau berbohong kerana mahu menutup kesilapan yang pernah dilakukannya




P/S: Encik,jgn pernah kamu menipu ok :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, February 6, 2012

Langkah Tangani Migrain

Hye peeps,

Zai tau ade diantara korang nie yang mengalami migrain.So,zai nk kongsikan petua yang tak seberapa nie.

Ini cume langkah awal,kalau dh teruk sgt..sila-sila la jumpe doktor ye.


1- Pergi ke tempat gelap, selasa dan sunyi.Jauhkan diri korang dari tempat yang terang dan bercahaya.Serangan migrain nie biasenye dikaitkn dgn berlebihan ransangan yg masuk ke dlm tubuh. So, elakkan dari ransangan luar seperti cahaya,haba,suara dan sbagainye.

2- Letakkan tuala basah dan sejuk kat dahi,kepala dan leher. Rehatkan minda. Migrain nie berhubungkait jugak dgn mental dan minda yg berat. Maka, elakkan diri dari dihimpit dgn pelbagai faktor yg memberatkn fikiran.

3- Fokus kepada hidup korang yg ceria. Lupakan seketika segala masalah yg membebankan fikiran korang tu. (Lupekan kejap je,jgn lupe terus..nnti masalah akn jdi lebih parah)

4- Last but not least, dapatkan tidur yg berkualiti. Bile tidur, minda akan betol-betol rehat dan bebas daripada ransangan dan gangguan yg boleh meningkatkan migrain korang tu (tapi kena ingt,jgn tidur berlebihan sbb tidur yg berlebihan tu faktor kpd migrain jugak.sbb tu la zai katekn tidur yg berkualiti)


Itulah sedikit info yg zai dapat kongsikan utk korang semua.

Same-same la kite jge kesihatan.


See ya!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, January 6, 2012

First Trial

Alamak..mcm jakun la pulak..
Relax-relax..

Korang suke shopping tak?
Shopping dgn wanita sesuatu yang tak boleh dipisahkan..

Ada satu kajian tu mngatakan bahawa shopping sebagai terapi utk kaum hawa nie..
Serius weyh..
Bile nampak je perkataan "SALE"..
Boleh jadi kalut woo..
Cube tengok shopping mall bile time sale..
Lagi-lagi time YES..

Ape itu YES?
YES = Year End Sale

So,bagi kaum adam..
Bersiap sedia la time sale..hehe

Tapi kan time sale nie sesuai jugak beli barang hantaran tau..
Ehh,pehal plak sebut psl hantaran nie?
Oh..lupekan..hehe



Nak shopping!!!
I Love Shopping!!





P/S: sape suke shopping sile tutup mate tnjuk gigi then buat peace..hehe
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Related Posts with Thumbnails