Tuesday, May 21, 2013

Alhamdulillah.. Rezeki

Assalamualaikum peeps!

Orang kata rezeki ada dimana-mana dalam pelbagai bentuk.
Kita yang B2B ni bila nak kahwin benda yang paling kita peningkan adalah DUIT.

Nak beli tu..nak beli ni..
Nak buat bayar tu.. nak buat bayar ni..

Tapi percayalah cakap Kak Ton.. rezeki orang nak bina masjid ni ada.
Allah tu Maha Besar. Dia tolong kita buat benda baik ni.

Sekarang ni sponsor demi sponsor zai dapat.
Alhamdulillah...Syukur..
kad kahwin kami telah disponsor oleh kawan-kawan Encik Tunang.
(TQ korang!)
Goodies untuk majlis  sanding juga telah disponsor. (TQ Mak Long & Family)

Nampak tak sedikit demi sedikit kita punya beban telah diringankan.

Tapi ingat bila duit tu dah berlebih, JANGAN MEMBAZIR.
Simpan untuk pakai lepas kahwin ok.

Ok ye kawan-kawan B2B sekalian..
Zai nak fikirkan konsep untuk pre-wedding pulak.
Kalau korang ada idea meh kongsi sekali.


Bye-bye kesayangan :)

Friday, May 17, 2013

Travel: Bandung!!

Assalamualaikum wbt

Baru nak buat post pasal Bandung. Walhal dah lama dah pergi.

Zai pergi Bandung dengan kawan-kawan.
kami berlima. Semua perempuan je tau.
Boleh kata ala-ala backpackers juga la.

Kami beli tiket flight masa tengah murah.

Lepas tu booking hotel yang harganya mampu milik.

ni la tempat tinggal kami.
Kami sampai flight terakhir. Malam.
Sampai hotel, check in then tidur.

Esok pagi after breakfast, kami berjalan kaki ke jalan besar cari taxi ke Pasar Baru.
Sampai sana orang tengah sibuk buka kedai.
Best jadi first customer.
Peniaga-peniaga ni akan jerit "Beli kak..kasi pecah telur!"
Pecah telur tu kira rezeki pertama pada hari tu la.

Pelbagai jenis sulam, lace, batu, besi..semua ada.

yang ganteng tu 'Tukang Tunjuk Jalan'




Masa jalan kat Pasar Baru tu hati-hati la. Ramai orang.
Ada ramai orang jual keychain, firdge magnet n bag barang kat dalam tu.
Kami tanya nama kedai. Pastu di tunjukkan jalan.
Sudahnya dia jadi tukang tunjuk jalan dan tukang bawa barang.
Cakap je nak beli apa..nanti dia bawa pegi kat kedai tu.
Seharian dalam tu.

2nd Day..

Hari ni kami upah Pak Supir bawa jalan-jalan.
Malam sebelum ni keluar berita Tangkuban Parahu meletus.
Baru cadang nak pergi.
Tukar plan...
Kami pergi Kawah Putih.
Subhanallah.. Cantikkkk bangat.
Tapi kat situ tak boleh lama-lama.
Sebab habuk belerang. Kena pakai sweeter/jacket and mask.



12 darjah celcius. Sejuk gila!


Balik tu kami beli strawberi & blackberi.
Yummy...
Tapi hati-hati masa beli.
Ada yang manis rasa gula sebab diorang ni rendam dalam air gula..kata pak supir.


3rd Day..

Pagi tu pergi Pasar Baru dulu untuk beli sikit barang yang belum cukup lagi.
Sekejap je singgah.
Kesian pak supir tunggu.

Lepas tu kami ke jalan apa ntah nama dia.. Lupa.
kat situ banyak jual kasut and jacket jenis kulit.
Lepas tu kami ke Toko Tiga.
Kat sini jual pakaian jenis jeans.
Original ok.

Tiba masa solat, kami ke masjid yang popular kat Bandung ni.
Masjid Raya Bandung Propinsi Jawa Barat
Terkejut kami masa sampai tu tengok luar masjid dah macam funfair.
Yang berskirt pendek, baju takde lengan semua ada.
Bukan takat luar masjid je...tapi dalam masjid pun ada.
Siap berderet-deret yang tidur dalam masjid tu.
Tidur Berjemaah katanya...haha



Sekarang masa untuk Trans Studio!
Tapi masa dah petang, so jalan-jalan kat luar jela.
At least dah samapi kannn.. hehe.


Lewat petang kami ke Kampung Daun.
Kat situ ada restoran dalam hutan.
Sangat cantik. Klasik. Best! Makanan pun sedap.





Gula-gula kapas
Sampai hotel pun dah malam.
Masa untuk packing barang.

4th Day...

Tiba masa untuk pulang.
Uang udah abis.

Mak oi.. banyak gila beg..
Bye..bye.. Bandung..


p/s: Bagi sapa-sapa yang nak nombor Pak Supir, ambik nombor kat bawah ni. Mereka ni ada hotel jugak. Yang penting mereka sangatttttt peramah.

Kak Lis : +62 852 2028 1960
Related Posts with Thumbnails