Dah bersawang dah blog nie..Lame x hupdate..
Tibe-tibe rase nak tulis pasal zaman kanak-kanak..
Teringat balik memang kelakar...
Ape yang akan ditulis nie adalah sebahagian dari pengalaman la..
Huhu...
PENGALAMAN 1
Aku start berpuase since Darjah1, time tue kn sekolah.. bawak beg berat woo...
Sekolah petang.. waktu tue siap ade perjanjian dgn my parents tau..
Puase penuh dapat RM100.. (sape xnk, lagi-lagi waktu sekolah rendah)
Punye la berpuase, tapi nak dijadikan cerita sebelum pegi sekolah kena mandi..
Bak kate orang sambil menyelam minum air...
Tapi aku lain, sambil mandi minum air..
hahaha...
Bongoknye la kan dulu-dulu...
PENGALAMAN 2
Nie pulak time Darjah 3.. waktu tue skolah kat kampung..
So, duduk dgn wan (nenek)..
Sekali malam sebelum sahur, terjaga sakit perut gile..
Pegi bilik air habik kau.. muntah !!
Sahur still bangun macam biase..
Sebelum puase tue, ade doktor datang kat kampung check kesihatan la..
Time tue detect ade gastrik..
So, wan ofcoz la takut bile aku nie sakit perut..
Asal sakit perut die suruh aku buke..
Asal demam pon die suruh buke..
Memang seronok la dah wan yang suruh buke..
Gumbire !!
PENGALAMAN 3
Nie terjadi pada bulan puase yang same dengan Pengalaman 2..
Waktu nie dah nak raye dah..
Ayah datang nak jemput balik Bangi,
time tue ayah tengah lepak-lepak tengok tv kat ruang tamu..
Datang pulak Nenek Senap (makcik kepada wan saya) bagi buah nona..
" Zai, nah amik nie BUAH NONA dah masak dah..."
Aku nie memang minat gile dengan buah nona..
Aku amik pastu bawak g dapur terus potong..
Excited punye pasal...
Waktu tue lagi 2 3 jam je nk berbuke..
Aku siap letak dalam piring..
Pastu aku bawak g depan hulur kat ayah..
Aku: Ayah, nah buah nona tadi Nenek Senap bagi..(sambil gigit buah nona)
Ayah: Woi !! ko x puase ke?
Aku: Alamak puase la...
Ayah: Dah ! pegi kumur-kumur cepat..
Wan: Laa..die pegi makan sekarang..Xpe..G kumur-kumur.. Lupe xpe..X batal...
Ayah gelakkan aku kaw-kaw..
PENGALAMAN 4:
Time nie form4 kat skolah teknik.. Bagi kitorg form4 is honeymoon time..
Dah abis exam, cikgu pon malas nak masuk kelas..
Datang sekolah pukul 8.30...(langsi betol)
Biase la, budak hostel x kena marah la..sebab kitorg (member sekolah dlm lingkungan 10org) dalam kawasan sekolah..
Kejenye waktu tue lepak je..
Sumer ceruk sekolah kitorg jelajah..
Tapi bile tghari, kitorg siap sedia nak balik hostel..
Kitorg kena hati-hati, sebab dorm betol-depan rumah warden..
Nak naik hostel pon susah sebab kena naik tangga yang tinggi (kitorg panggil tangga batu caves)
Memang macam pencuri dah cara kitorg jalan..
Jalan sikit sorok..jalan sikit sorok..
Dah masuk dorm tue, mane yang x puase mule la buat maggi..
Yang berpuase pulak ape lagi dah dapat bantal ngan katil..
tido la...
Sedar-sedar je budak-budak dah balik sekolah..
Sampai la nak dekat raye kitorg buat macam nie..
Nie la sebahagian dari pengalaman...
Klu ade lagi nanti akan dihupdate kemudian...
Adios...
Selamat Berpuase Ye !!
Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.
"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….