Wednesday, January 12, 2011

Planet 10 Seakan Bumi



Teleskop angkasa lepas Nasa tak kesan sebarang kehidupan

BERKELY: Sebuah teleskop angkasa lepas milik Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) mengesan sebuah planet yang menyerupai bumi, tetapi tidak menjangka planet berkenaan mempunyai kehidupan.
Dalam pengumuman rasmi kelmarin, anggota pasukan teleskop Kepler Nasa berkata, planet yang dinamakan 10b itu adalah 40 peratus lebih besar dari bumi dan berkedudukan kira-kira 560 tahun cahaya dari bumi di konstelasi Cygnus.
“Ia dikatakan menyerupai bumi berikutan tidak seperti planet lain yang ditemui sebelum ini yang dibuat daripada gas atau ais, 10b adalah planet batu pertama pernah ditemui,” kata pasukan program, Kepler Nasa.

Seperti bumi, 10b adalah juga eksoplanet, iaitu planet yang mengorbit bintang seperti matahari.

“ Ia adalah satu penemuan yang bersejarah,” kata Geoff Marcy dari Universiti California, Berkeley, pada sidang media kelmarin.

Namun, planet berkenaan tidak mungkin mempunyai kehidupan berikutan ia hanya kurang dari 3.2 juta kilometer daripada matahari, berbanding jarak bumi dengan matahari sejauh 150 juta kilometer.
“Suhu pada permukaan yang disinari matahari di 10b boleh mencapai 1,371 darjah Celsius, iaitu lebih panas dari lahar gunung berapi,” Natalie Batalha dari pusat penyelidikan Ames Nasa di California, yang juga merangkap timbalan ketua kumpulan pasukan Kepler.

Bagaimanapun, hakikat bahawa ia dibuat daripada batu seperti bumi membuat penemuan planet itu satu kemajuan besar dalam mencari planet menyerupai bumi yang boleh menjadi hos kepada kehidupan.

Batalha berkata, 10b mempunyai isi padu kira-kira 1.6 kali lebih besar dari bumi.

“Ini bermakna kuasa gravitinya amat besar dan kemungkinan mempunyai galian besi lebih banyak dari bumi.”

Pasukan Kepler yakin dapat menemui lebih banyak lagi eksoplanet yang menyerupai keadaan bumi.

“Jika teleskop Kepler dapat menemui planet sekecil 10b, kemungkinan besar ia dapat menemui planet lain yang lebih kecil seperti saiz bumi dan mungkin juga mempunyai suhu seperti bumi,” kata mereka lagi. – Agensi

INFO: Planet 10b
40 peratus lebih besar dari bumi
Berkedudukan kira-kira 560 tahun cahaya dari bumi
Adalah planet batu
Mempunyai isi padu kira-kira 1.6 kali lebih besar dari bumi

Suhu pada permukaan yang disinari matahari di 10b boleh mencapai 1,371 darjah Celsius


Sumber:~ Berita Harian Online

Tuesday, January 11, 2011

KOC WANITA

N3 kali nie zai nak citer pasal koc wanita..(mentang2 la selalu naik tren)

Zai rase koc wanita nie dah lame dah..
rase sumer org dah tau..melainkan org yg x amik tau tentang hal2 semasa nie..

Walaupon koc wanita nie dah lame, tapi still ade lagi yg makhluk selain wanita masok dalam koc nie..
Dah terang2 kat pintu tren tue tampat "Wanita Sahaja Sepanjang Masa"..
Maybe diorang nie mesti gender confusion...hehe...

mcm nie ke?

Ade ari tu zai pegi jalan gune jari..(blogwalking la..)
kat blog mane ntah zai jumpe die wat n3 pasal lelaki dalam koc wanita.
N ramai jugak yg komen..
Tapi dalam banyak2 komen, zai agak sedikit terkejut salah satu komen tue..
comel je kan terkejut mcm nie..

Mesti uoll sumer nak tau ape die tulis kat komen die..
die kate " abis tue perempuan dok kat koc lelaki tu x tau malu pulak?"
N lagi satu ade org tu kate " macam mne pulak klu die naik tren bersama suami..?"
Yenna dey.....**pengsan

Bile mase pulak ade koc lelaki nie..
Aduhhh..nie mesti sgt tak concern keadaan sekeliling..
or maybe die ingat tengah tu koc wanita n then yg depan n belakang tu koc lelaki..
hahaahaha..
sian die kann...

Ok..macam nie la..
zai akn bagitau uoll sume pasal koc wanita nie..bagi yg dah tau ok la..

Actually, koc tengah tu memang koc khas untuk wanita..even kat tempat menunggu pon dah ade banner koc wanita..
nie banner die..
bagi yang berjantina LELAKI..jangan la berdiri dikawasan nie..
kalau menunggu then naik koc lain ok la.
nie nanti naik koc wanita, memang kena jeling la weyh..

Dalam tren ktm nie xde istilah koc lelaki ok!

Koc pertama - Lelaki & Wanita
Koc Kedua - Wanita
Koc Ketiga - Lelaki & Wanita

Faham?

Bagi wanita yang naik tren bersama suami or boyfren or kawan-kawan lelaki,
mesti korang takut kehilangan bile naik tren kann...
So, korang bersama partner korang tu..naik tren yang pertama or ketiga..(tren depan or belakang)

Zai ade gak tgk lelaki masok koc wanita sebab takot pintu tren tertutup..
but diorang nie reti nak pegi koc lain..
Nie ade pulak wanita yang bersama lelaki masok dalam koc wanita nie buat dunno je..
Diorang ingat die partner boleh dok dalam tren tue..
Sorry guys, KOC WANITA SAHAJA!
So, wanita jela..
5 bahase die translate..tak paham jugak je..melainkan warga asing..
Zai sangat-sangat suke bile ade koc wanita...sebab??banyak sebab antaranye..

1- Dapat elakkan kena raba free (nie yg utama!)
2- Boleh elakkan pencemaran bau..(bau badan + bau rokok)
3- Takyah nk cover-cover tido..(mcm slalu wat je..hehe)
4- Keselamatan lebih terjamin..

yg lain-lain tu tambahkan la ye..

Ok..tue saje pelajaran kite untuk hari nie ye murid-murid..

Bagi yang perempuan pulak, klu nmpak orang tua, wanita mengandung n wanita bawak anak kecik tolong la bagi diorang duduk ok..
korang nanti bayangkan la klu korang kt tempat diorang...
Sadisssss...


P/S: klu warga asing yg x paham bahase malaysia ngan bahase english macam ne nak explain ekk??

Saturday, January 8, 2011

Thank You Nuffnang

Nie first n3 pasal nuffnang..
maklum la..traffic ciput..hehe..

hampir beberape bulan lepas daftar nuffnang baru la tersenyum..
so, semalam check acc nuffnang..
Alhamdullilah..

rezeki beb..
walaupun sedikit tapi sgt memberi kepuasan..
"saya mesti pilih" (tagline bank rakyat)
Tq Nuffnang!


P/S: tolong jangan gelakkan saye ye kerana saye baru dpt byk nie...xpe..i'll try to improve..
Related Posts with Thumbnails