Friday, February 8, 2013

Al - Fatihah Buat Adik Ahmad Adam Syukri

Setelah 10 bulan bertarung nyawa menghidap sakit saraf otak, 7 Februari 2013 arwah adik Ahmad Adam Syukri Bin Suherma menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Berakhirlah segala penderitaanmu sayang.

Kau tunggulah ibubapamu dipintu Syurga.

Sebak rasa hati atas kepergianmu. 

Ya Allah, Kau tabahkanlah hati keluarga si kecil ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.



Al-Fatihah

Tuesday, January 29, 2013

Checklist Bertunang

Assalamualaikum wbt

Zai nak bagi checklist untuk majlis pertunangan.
Ni dah alang-alang ada orang minta, terus la update kat blog kan.

Zai siapkan checklist untuk perempuan dan lelaki.
Tapi tang lelaki tu apa la yang nak disiapkan pun
Mudah je.

Perempuan
1-  Baju Tunang (tempah or beli siap pun boleh)
2-      Tudung (terpulang mana yg selesa)
3-      Veil (sewa dengan mak andam je senang. Nak tempah pun boleh, nak beli siap boleh, nak jahit sendiri pun boleh )
4-      Makeup
5-      Mini pelamin (Kalau nak senang sewa. Tapi kalau nak budget,DIY je barang yang ade kat rmh)
6-      Kenduri (katering or masak sendiri)
7-      Goodies
8-      Barang hantaran
9-      Photographer (bagi yang buat pertunangan budget, bagi je sesiapa yg tau pegang camera)
10-   Khemah (Jika perlu. Kalau rumah besar bak padang bola sepak, takde khemah pun takpe)


Lelaki

1-      Cincin merisik & cincin tunang
2-      Barang hantaran



·         Kena tentukan siapa yang akan jadi jurucakap bagi pihak keluarga kita. Selalunya orang tua-tua. 
·         Masa tunang tu nanti diorang akan bincang fasal benda-benda ni. Tapi sebaiknya korang bincang dulu. Nanti takde la blur sangat masa tu.



> Tarikh nikah/ langsung kt mana?
> Tarikh kenduri ?
> Jumlah wang hantaran?
> Jumlah wang mas kahwin ?
> Jumlah barang hantaran semasa kahwin?


Checklist ni untuk yang buat pertunangan yang simple. Takde la nak grand-grand.
Lagipun tunang ni kita kena senyap-senyap je.
Kahwin nanti baru kita buat grand tapi jangan membazir.

Kehidupan selepas berkahwin lagi banyak guna duit.

Friday, January 18, 2013

Warna Tema

Assalamualaikum.

Sekarang ni memang betul-betul pening nak pilih warna tema.
Asalkan orang tanya warna tema je, Zai akan terdiam.
Kalau boleh nak ada colour PINK la kan.
Tapi nak blend dengan colour apa tu yang pening.

Kalau nak ikut angan-angan, Zai suka kaler yang pastel atau yang jenis masam.
Warna masam?? Pelik ke? 
Alaa.. macam Pink Belacan. Kan pink dia pudar-pudar.
Pale Colour.

Pale pink colour

Warna ni menjadi pilihan hati juga
Agak-agak okay tak kalau combine 3 colour ni?

Tadaaaa!!!

Tapikan.. Tapikan..
Okay ke?
Nampak tak confident kat situ.


Hmmm.. Benda ni perlukan pandangan yang lain.
Related Posts with Thumbnails