Monday, January 14, 2013

Dilemma Venue

Assalamualaikum B2B semua..

Sekarang ni zai tengah kumpul qoutation catering, andaman n photographer.

Pening.. tak tahu mana nak pilih.

Kini, timbul isu baru iaitu VENUE.
Sama ada nak buat kat rumah or dewan.
Bila difikir-fikir sewa khemah, kerusi meja.
Dengan faktor cuaca.
Macam nak pilih dewan.
Tapi kat Seremban ni tak banyak pilihan dewan.

Then, zai try la google2.
Terjumpa satu blog ni dia update pasal dewan kat Seremban.
So, ini adalah senarai dewan yang boleh dipertimbangkan.


1. Dewan MPS

2. Dewan LPPKN, Seremban 2.

3. Dewan Kompeks Sukan Seremban

4. Dewan Sekolah Teknik Tuanku Ja'afar

5. Dewan City Kingdom, Terminal 2 Seremban

6. Dewan Orang Ramai Taman Tuanku Jaafar

7. Rasah Kemayan Golf and Country Club

8. Spanish Villa, Tmn Tasik Jaya, Seremban.


9. Pusat Dakwah Islamiah, Paroi.


Apa-apa pun kita kena buat budget.
Nak kena tengok kesesuaian jugak.
Kalau korang ada cadangan lain, boleh la bagitau ye.

Friday, January 11, 2013

I'm Engaged!!

Hye semua!

Hari ni zai nak update cerita separa basi.
Sengaja tak nak update awal-awal sebab segan la. Nyampah lak ai..gedik nak segan-segan.
Pada tarikh 10 - 11 - 2012 dengan rasminya zai menjadi tunangan kepada Encik F.

nampak tak mata merah tu. time tu la alergi nak  kena. haishh..



Alhamdulillah.... Akhirnya...
Syukur tak terhingga.

Jangan nak seronok sangat ye Cik Zai..
Kita masih ada misi yang besar menuju ke Next Step.

Semoga Allah swt memberkati hubungan ini.
Semoga segalanya dipermudahkan.
Semoga dijauhkan dari segala anasir jahat.

Korang-korang doakan kami ye.





THANK YOU ALLAH SWT

Thursday, December 20, 2012

I'm Officially B2B

Salam peeps..

Lama tak menghupdate blog ni.
Almaklum la kemalasan mula melanda.

Harini nak buat pengumuman.
Sebenarnya dah lama nak buat entry ni, tapi bertangguh-tangguh.
Pengumumannya ialah...

From now on.. zai officially become a B2B.
So, lepas ni entry banyak pasal wedding la.
Tak salahkan kalau kita nak kongsi perjalanan majlis kita dengan orang lain kan.

Ohhoo.. dah kena buat research dah.
Pening 2 saat.

Tapikan secara tak langsung, kita dapat buat budget.
Apa yang perlu dan tak perlu.
Tak perlu nak membazir.
Selalu orang akan kata kehidupan lepas berkahwin tu lagi penting.

Korang doakan semuanya berjalan lancar ye.
Aminn.


Daa~
Related Posts with Thumbnails