Friday, May 18, 2012

Tips supaya Blackberry anda tidak lembab

Assalamualaikum wbt



Hello peeps!!

Kat sini Zai ade tips untuk pengguna BB. Ok..mungkin ramai yang dah tau benda nie
Tapi saje Zai nk hupdate untuk mereka yang tak tau



Masih ade lagi yang mengeluh BB lembab la BB hang la bagai
Tips nie berguna untuk semua jenis BB kecuali Blackbarai..hehe

Jom kita intai apakah tips itu ~~

1- Download application yang keterlampauan terlalu banyak


Banyak sangat kot application yang di download. Macam kata pepatah "Ukur baju dibadan sendiri"
Maksudnya kat sini jangan la download application ke games ke banyak-banyak.
Sebab itu akan memenuhkan ruang dalam BB anda. Sedangkan kita duduk dalam bilik sempit pun akan rasa sesak. Macam tu la BB, kena ada ruang untuk dia running application yang asas. OK :)

2- Cabut bateri sekali sekala

Bila masa terluang tu korang cabut la bateri korang 2 - 3 hari sekali. Pastu biarkan dalam 1 - 2 minit supaya sisa - sisa file dari proses browsing mahupun chatting yang tak digunakan lagi boleh dihapuskan.

3- Clear Log Event

Selalu lakukan Clear Log Event dengan cara tekan Alt + L  G  L  G . Lepas tu akan muncul senarai log. Tekan logo menu BB then tekan Clear Log.

4- Cleaning Memory

Selalu lakukan Cleaning Memory dengan cara tekan Options > Security > Advanced Security Settings > Memory Cleaning. Last sekali tekan Clean.

5- Host Routing Table

Lakukan ini 2 -3 hari sekali dengan cara tekan Options > Device > Advanced System Settings > Host Routing Table tekan menu BB pilih Register Now. Done!

6- Diagnostic Test

Ini juga perlu dilakukan 2 -3 hari sekali dengan cara tekan Options > Networks and Connections >Mobile Network. Tekan menu BB pilih Diagnostic Test lepas tu tekan lagi menu BB pilih Run. Tunggu sehingga proses completed. Ulangi sekiranya hasil proses NO sehingga semua hasil proses menjadi YES.



SELAMAT MENCUBA !!

Wednesday, April 18, 2012

Tuesday, March 13, 2012

Kurma dan Mengandung

Assalamualaikum wbt


Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ
Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....
  • Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
  • Kemudian,buang biji kurma tu
  • Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
  • Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas
  • Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup
  • Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.

* Harap di share kan dengan kawan-kawan lain yang ada masalah susah mengandung yer. Moga ada manfaatnya.



Related Posts with Thumbnails