Sunday, January 23, 2011

Selamat Pengantin Baru - Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Rasenye belum terlambat lagi utk ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ayu Raudhah & Zaquan Adha..
Tahniah buat mereka berdua..

Sedikit info mengenai perkahwinan mereka..

Dengan sekali lafaz, pasangan popular Mohd Zaquan Adha Abd Razak, 23 dan Raudhah Abu Bakar,25, atau lebih dikenali sebagai Ayu Raudhah akhirnya sah bergelar suami isteri, sekitar jam 4 petang tadi.

Bersaksikan ahli keluarga dari kedua belah pihak, sahabat handai, rakan media dan peminat, majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyyah, di sini telah menjadi bukti penyatuan dua sejoli yang menjalin cinta lebih dua tahun lamanya.

Zaquan dan Ayu Raudhah telah selamat dinikahkan oleh Imam Masjid Sultanah Bahiyyah, Tuan Haji Mustafa Kamil Abdul Jamil dengan mas kahwin bernilai RM1,888.

Pihak pengantin lelaki telah memberikan 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang hantaran dari pihak pengantin perempuan, manakala jumlah wang hantaran masih dirahsiakan

Sumber: Murai










Btw, memang meriah wedding diorg..order katering 1200 tapi yg datang 1500..
Zai harapkan semoga perkahwinan Ayu Raudhah & Zaquan Adha,
berbahagia hingga akhir hayat n dapat anak ramai (boleh buat team bola..hehe)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum,
Tinggalkan komen anda selepas baca.
Terima Kasih.

Related Posts with Thumbnails