Monday, July 18, 2011

Saya Keturunan dari Suku Biduanda


Last Saturday zai n parents pegi Muzium Lama Seri Menanti.
Kat Sane ade Pesta Persukuan Adat Pepatih.
Ade sajian mengikut daerah. Negeri Sembilan ade 9 daerah kan.
So, 9 daerah la masakan pelbagai sajian menu pagi, menu tghari n minum petang.

Kat sane kite boleh rase masakan tersebut.
Ade masakan yg tak pernah dengar pon ade.
Tujuan pesta nie adalah untuk memberitahu masayarakat bahawa Adat Pepatih masih wujud.
Secara tak langsung sape yang datang tu boleh mempelajari suku kaum Negeri Sembilan nie.


Beberapa tahun lepas, Mak Long zai ade bagitahu yg kitorang nie dari Suku Biduanda.
Tu je yg diberitahu. Zai pon x  tau la ape tu Biduanda. Asal dari mana. tak tau satu ape pon.
Mase pegi Seri Menanti tu, ade satu booth senaraikan semua suku kaum yg ada.


Kitorg satu fmly punye la mendalami suku kaum kitorg.
Pening-pening kitorg nk paham.
Ahad tu, fmly Mak Long dtg rumah hantar Wan (nenek) kat rumah zai.
Kitorg cerita pasal keturunan nie.
Ok Muktamad kami Biduanda.


Sekarang zai nk terangkan kat korang apekah itu "BIDUANDA".



Dari mana datangnya suku Biduanda nie?

Pada permulaan abad ke-14 Masehi orang-orang Sumatra dari Tanah Minangkabau mulai tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya memujuk hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang-orang Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda.


Siapakah sebenarnya suku Biduanda nie?

Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih.Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan kerajaan Melayu Johor. 

Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan. Sebab itulah raja tidak digelar Sultan tetapi memakai gelaran Yang DiPertuan atau Yamtuan


Wahhh. Zai dari keturunan pembesar Negeri Sembilan gitu.
 Sudah2 zai. Tu zaman moyang ko punye moyang ok.Jangan nk berangan lelebih.

8 comments:

  1. haaa, tak jumpe pun..miera pergi hari sbtu jgak..^_^

    ReplyDelete
  2. wah2...patut la comel...ngeeee...

    ReplyDelete
  3. okey ler suku 'biduanda' tu iema oi..jgn 'banduanda'.hehehe..;)

    ReplyDelete
  4. slm dear, i'm sarawakian. Btw, full name sy DAYANG NURFATHIAH BT ABANG JAMA'ALUDIN. kat n9 ade x berbangsa dayang dari keturunan abang? sbb sepanjang research sy dan saudara2 keturunan sy, kiteorg yg dr keturunan abg ni asal minangkabau gak ( datu patinggi merpati jepang), dr sumatra. kalo ade ape2 boleh share2 :) -follow you-

    ReplyDelete
  5. @TIA OF REVENGE
    rasenye xde keturunan abang kat n9.nway nice to know u.

    ReplyDelete

Assalamualaikum,
Tinggalkan komen anda selepas baca.
Terima Kasih.

Related Posts with Thumbnails